Bunga

Bayangkan,
Kau di taman bunga
Banyak...

APA?
Bunga

Kau pilih bunga
Yang cantik kau petik
Yang layuan kau pinggir 

Apa perlu sedemikian rupa?
Bunga..
Semuanya sama
Cantik juga menawan 

Yang layuan juga mekar 
Pada asalnya 
Cuma bezanya
Lewat dipetik

SERUPA 
Manusia juga begitu
Sahabat..


Perlu dipilih juga kah?
Aku juga sama seperti bunga
Cuma..

Aku tidak secantik melati
Aku tidak seharum seroja
Tiada setanding bunga

Cuma manusia
Sama seperti yang lain
Tidak perlu dipilih
Jadikanlah aku teman kerana kau ikhlas

Aku TULUS..

Comments

Popular Posts